Sunday, December 9, 2007

Selamat datang, welcome & ahlan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat semua.
Terukirnya alifismail.blogspot.com ini bertujuan sebagai salah satu wasilah untuk melatih diri dalam menajamkan pemikiran secara kreatif melalui ruang maya ini. Moga-moga dengan berkat keikhlasan, usaha dan doa semua maka mampulah saya merealisasikan ilham murni ini. Benarlah " Mata Pena " mampu menyentuh sanubari dan jiwa setiap insan yang menginginkan kepada perubahan samaada yang tak baik ingin ke arah baik dan yang baik ingin ke arah yang lebih baik. Komentar yang membina daripada semua amatlah saya harapkan, moga-moga dengan komentar itu mampu mendorong saya senantiasa berusaha memperbaiki kelompongan idea nanti. Terima kasih. Wassalam.

Seloka untuk renungan

" Tutup aurat satu tuntutan, dalam keluarga wajib tekankan, kalau tak ikut gunalah rotan, demi melaksanakan perintah Tuhan, aurat ditutup mestilah lengkap, tudung litup termasuk skap, mini telekong pon orang cakap, elok dipandang tak payahpun `make-up`, sekurang-kurangnya berbaju kurung, lebih elok jubah mengurung, kaki pula mesti besarung, ditumit kaki syaitan bertarung, kalau wanita menutup aurat, orang jahat tak berani ngorat, bahkan boleh menjadi ubat, orang yang memandang boleh bertaubat. pakaian moden? memanglah hebat, harganya mahal walaupun ketat, walaupun cantik tetapi singkat, orang memakai pun nampak pusat. berseluar ketat bajupun ketat, jarangnya plak boleh dilihat, orang yang memakai terus dilaknat, oleh Allah. Rasul dan Malaikat. apa yang aneh bila dipandang, lengan pendek tapi bertudung, nampak seperti orang yang kudung, mata terpandang kaki tersdung. lagilah aneh bila difikir, baju kebaya tudung berukir, nampak dada iman terjungkir, kain terbelah peha terukir. bila ditanya kenapa begitu, dia kata fesyennya dah macam tu, didalam hati niat tertentu, menggoda jantan sudahlah tentu. menutup aurat boleh berfesyen, tetapi jangan menunjuk fesyen, sesuaikan diri ikut profesyen, kalau laknat tak guna sesen. kalau nak ikut nasihat ini, jangan bertangguh ubahlah diri, benda yang baik tak payah diuji, akan terserlah akhlak terpuji. kepada semua kawan lelaki, jangan tergelak wanita diperli, keluarga kita tak terkecuali, terutama sekali anak dan bini. sudahlah kita tanamkan iman, mentup aurat sepanjang badan, kesana kesini dilindungi tuhan, keluarga menjadi contoh teladan. setakat ini seloka ini, harap dapat menghibur hati, yang baik bolehlah anda ikuti, kalau boleh besok mulai "..